Program Literasi Maklumat: Memperkasakan Kemahiran Digital Pelajar Tahfiz


Abstract

Alor Gajah, 18 Disember 2024 – Program Literasi Maklumat anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al Abqari, Tanjung Bidara. Program ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran literasi maklumat dan memberi pendedahan kepada teknologi digital dalam kalangan pelajar.
Program ini dirasmikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan UiTM Cawangan Melaka. Salah satu sesi utama ialah taklimat bertajuk Strategi Bijak Literasi Maklumat: Panduan Pelajar dalam Era Digital, yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. Taklimat ini memberi penekanan kepada kepentingan memahami kaedah untuk mengakses, menilai, menggunakan, menyimpan, dan menyebarkan maklumat dengan berkesan, terutama dalam menghadapi lambakan maklumat di internet.
Taklimat kedua bertajuk Eksplorasi Teknologi: Pengenalan Komputer dan Perisian, yang disampaikan oleh Encik Mohd Azali Talib, Pembantu Pustakawan Kanan, memberikan pendedahan asas tentang penggunaan komputer dan perisian relevan. Fokus utama taklimat ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknologi asas yang penting untuk pengajian dan kehidupan harian.

[thumbnail of 16104.pdf] Text
16104.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (255kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Melaka > Alor Gajah Campus
Divisions: Administrative Office > UiTM Library
Newspaper: UiTM News Hub
Date: 20 December 2024
Depositing User: Rosila Nordin (Alor Gajah)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record