Abstract
ALOR GAJAH, 1 DISEMBER2024 – Satu Program Combat Legion Championship 2.0 di bawah anjuran dan kolaborasi bersama di antara Kolej Lekir dan Kolej Tun Puteri bertempat di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini. Sejumlah 250 orang peserta secara atas talian serta 24 orang peserta secara bersemuka menyertai pertandingan Esport Mobile Legends Bang Bang. Di bawah pemantauan dan seliaan oleh Encik Mohd Tarmizi Ibrahim selaku Staf Residen Kolej (SRK) Kolej Lekir dan Dr. Mohamad Hafifi Jamri selaku SRK Kolej Tun Puteri, program ini telah diketuai oleh saudara Zafran Mikhail Bin Zakaria selaku Ketua Projek (Pelajar). Sejumlah 20 vendor luar memberikan sokongan dan menyertai program ini. Dari segi tempoh pelaksanaan pertandingan, ia telah bermula secara atas talian seawal 25 November 2024 hingga 28 November 2024 sebagai tempoh peringkat saringan kelayakan. Manakala, tarikh 1 Disember 2024 menjadi acara kemucak pertandingan ini dalam pertandingan akhir yang menarik perhatian sejumlah 400 orang pengunjung.
![[thumbnail of 16103.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16103.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (368kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 306 Culture & institutions |
Campuses: | Melaka > Alor Gajah Campus |
Divisions: | Faculties > Faculty of Communications & Media Studies |
Newspaper: | UiTM News Hub |
Date: | 17 December 2024 |
Depositing User: | Rosila Nordin (Alor Gajah) |
Related URLs: |