Kempen Derma Darah UiTM Melaka: Komitmen Institusi Dalam Menyokong Kesejahteraan Masyarakat


Abstract

6 November 2024 – PTAR UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTM Cawangan Melaka dan Tabung Darah Hospital Melaka, telah berjaya menganjurkan Program Kempen Derma Darah di ruang utama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Alor Gajah. Kempen yang melibatkan penyertaan staf dan mahasiswa UiTM ini bertujuan untuk menggalakkan kesedaran mengenai pentingnya menderma darah sebagai usaha menyelamatkan nyawa dan membantu keperluan tabung darah negara. Sepanjang dua hari pelaksanaan, sebanyak 222 beg darah berjaya dikumpulkan, memberikan sumbangan besar dalam memastikan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan pesakit yang memerlukan, terutamanya dalam situasi kecemasan. Melalui kempen ini, UiTM menunjukkan komitmen dan peranannya sebagai institusi pendidikan yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat. Usaha ini turut memperkukuhkan tanggungjawab sosial universiti dalam menyokong pelbagai inisiatif kebajikan, di samping memberikan peluang kepada komuniti kampus untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti kemanusiaan yang memberi impak besar kepada kehidupan masyarakat.

[thumbnail of 16102.pdf] Text
16102.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (463kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
Campuses: Melaka > Alor Gajah Campus
Divisions: Administrative Office > UiTM Library
Newspaper: UiTM News Hub
Date: 29 November 2024
Depositing User: Rosila Nordin (Alor Gajah)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record