Polis sahkan kematian kadet Palapes UiTM tiada unsur jenayah


Abstract

Shah Alam: Polis Selangor mengesahkan tiada unsur jenayah berhubung kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM), November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia diputuskan selepas kertas siasatan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya.

"Kes itu sudah selesai dan kita merakam 64 keterangan daripada semua pihak dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pendakwa raya sebelum diputuskan tiada sebarang kesalahan, tiada 'foul play' dalam insiden tersebut.

"Mangsa meninggal dunia disebabkan oleh heatstroke (strok haba). Kita memutuskan siasatan kes tersebut selesai dan tiada kesalahan jenayah oleh mana-mana pihak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

[thumbnail of 16003.pdf] Text
16003.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (235kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 340 Law > 345 Criminal law
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Harian Metro
Date: 3 January 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record