Abstract
KOMUNIKASI dilihat sebagai komponen penting dalam proses pengurusan projek.
Asas kepada kejayaan dalam penyampaian projek dalam industri pembinaan ialah mengamalkan komunikasi berkualiti tinggi.
Masalah komunikasi kini adalah isu serius dan membimbangkan penggiat industri.
Dapatan kajian pada 2015 hingga 2023 telah menyatakan bahawa sektor pembinaan di Malaysia mengalami isu seperti kelewatan, kos melebihi peruntukan ditetapkan, berkualiti rendah, isu kesihatan dan keselamatan, pencemaran serta isu kemampanan akibat daripada amalan komunikasi tidak berkesan.
Komunikasi dalam projek pembinaan melibatkan pelbagai pertukaran informasi dan maklumat seperti kemajuan kerja di tapak bina, aspek pengiraan reka bentuk serta kejuruteraan.
Setiap organisasi terlibat dalam projek pembinaan mempunyai tanggungjawab dan kaedah kerja berbeza.
Oleh itu, proses komunikasi dalam projek menjadi lebih kompleks dan rumit.
Maka, amat penting bagi setiap penggiat industri cakna kepentingan untuk mengamalkan amalan komunikasi efektif dan efisien.
![[thumbnail of 15969.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
15969.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (448kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 100 Philosophy & psychology 600 Technology > 690 Buildings 300 Social sciences > 390 Customs, etiquette & folklore > 395 Etiquette (Manners) |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > College of Built Environment |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 2 March 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |