Bahaya penunggang agama


Abstract

MINGGU ini perbahasan tentang agama sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Antara yang menarik perhatian ialah eksploitasi pemuda bergelar ‘Mawla’ mengaku keturunan nabi untuk menarik obsesi pengikutnya di Malaysia dan penzahiran rasa dukacita Sultan Selangor terhadap kenyataan Presiden Pas yang mengkritik hakim gagal mentakrifkan Perlembagaan Persekutuan mengikut prinsip Islam sebenar.

Kedua-dua isu terebut, walaupun berbeza konteks memperlihatkan bagaimana unsur agama menjadi modal kerangka dalam permasalahan.

Kedua-duanya menggunakan agama (baca: menunggang agama) bagi menarik perhatian dan mencapai matlamat masing-masing.

Konsep tunggang agama ini bukanlah sesuatu yang baharu dan khusus untuk agama tertentu sahaja.

Sebagaimana kritikan klasik Karl Marx terhadap eksploitasi gereja terhadap masyarakat Barat menerusi ungkapan terkenalnya - ‘agama adalah candu bagi masyarakat’, agama menjadi komoditi ampuh dan mudah diperalatkan.

Marx menggunakan metafora candu terhadap agama dengan melihat fungsi praktikal agama dalam masyarakat yang serupa dengan candu pada orang sakit, mengurangkan penderitaan dan memberikan ilusi menyenangkan, memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Edit Item Record
Edit Item Record