Pilihan raya dan AI


Abstract

PADA Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia baru-baru ini, perkara menarik untuk diperhatikan ialah penggunaan ke-cerdasan buatan (AI) yang meluas dalam membantu strategi dan kempen calon-calon bertanding.

Kempen Prabowo Subianto misalnya, berjaya menarik perhatian ramai dengan karakter kartun dan avatar berimej comel ‘gemoy’ – slanga bagi gemas, bermaksud sesuatu yang comel membuatkan orang ingin memeluknya – berjaya menarik perhatian kelompok muda Indonesia serta mengubah personaliti militernya yang tegas dalam kalangan generasi lama.

Dengan AI, Prabowo berjaya ‘mencapai’ pengundi terutama golongan muda dan menjadi keterhadapan dalam kempen digital walaupun sedikit terkebelakang dalam kempen secara konvensional, berbanding dua calon lawannya.

Fenomena AI bukanlah baharu, sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat. Kemajuan teknologi jelas telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan manusia termasuklah aktiviti politik.

Sejak era media alternatif menerusi blogging tahun 1999 sehinggalah era media sosial dan TikTok tahun 2022 seperti di Malaysia, persimpangan politik serta teknologi semakin jelas ketara dan signifikan.

[thumbnail of 15954.pdf] Text
15954.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (357kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record