Abstract
SEPANJANG minggu ini, dua kes - pencalonan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan kemenangan petisyen pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid serta anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman menarik untuk diperhatikan.
Mungkin sudut pandang pembaca berbeza mengikut perspektif masing-masing.
Namun sebagai pemerhati politik, dua kes itu menarik untuk dilihat daripada aspek retorika dan sokongan politik.
Yang jelas kedua-duanya tetap dilihat daripada perspektif kaum dan agama yang dicorakkan oleh parti politik, menenggelamkan rasionaliti serta hujah ilmiah.
Bacalah reaksi dan komentar umum di segenap platform media sosial. Amat sedikit memberi kritikan positif dan membangkitkan perbincangan objektif serta terbuka.
Paling banyak sudah tentulah komen negatif dan jelek. Penuh emosi dan berbakul memaki, mengikut nafas kecenderungan parti. Hilang habis sensitiviti dan norma pekerti.
Dalam kes kampung baru Cina, penulisan Faisal Tehrani bertajuk Kampung Melayu yang gagal, menarik untuk dibaca.
![[thumbnail of 15937.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
15937.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (432kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 320 Political science 300 Social sciences > 302 Social interaction |
Campuses: | Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 17 February 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |