Abstract
KEPUTUSAN Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan reaksi yang pelbagai.
Di sebalik umum menghormati keputusan yang sudah ditetapkan, namun ia masih mencetuskan polemik persepsi yang berpanjangan.
Paling ketara reaksi umum yang mula mempersoalkan tujuan perjuangan parti-parti politik dengan pengampunan tersebut.
Mengambil kira pengundi yang semakin kritikal dan terbuka, kedudukan parti politik juga dilihat semakin kritikal dan kurang relevan.
Justeru itu penting untuk setiap parti memperbaiki perkara ini dan cara terbaik adalah kembali kepada falsafah dan ideologi penubuhannya yang asal.
Tentunya ideologi penubuhan parti politik masih sangat relevan. Ideologi ialah pemikiran dan nilai asas yang menjadi asas kepada tindakan dan dasar sesebuah parti.
Tanpa ideologi yang jelas, sesebuah parti mungkin hilang hala tujuan dan sukar untuk mendapat sokongan daripada pengundi yang ingin tahu apa pendirian parti itu.
![[thumbnail of 15924.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
15924.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (376kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 320 Political science 300 Social sciences > 340 Law > 342 Constitutional & administrative law |
Campuses: | Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 10 February 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |