Ketua parti perlu jadi pendamai isu Najib


Abstract

Ketua-ketua parti dalam kerajaan perlu menjadi kunci perdamaian kepada ahli-ahlinya daripada terus ‘bercakaran’ di media sosial dalam isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pensyarah Kanan Sains Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, ia boleh menjadi barah yang besar dan sukar dirawat jika terus dibiarkan memandangkan UMNO dijangka terus mendesak kerajaan dalam membebaskan Najib.

Menurutnya, pertelingkahan yang berpanjangan hanya akan memberi peluang kepada pembangkang untuk mempolitikkannya.

“Saya melihat isu ini hanya permulaan dan akan berterusan memandangkan UMNO dalam usaha mengemukakan permohonan kedua untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Jika dilihat dari satu sisi, permohonan itu tidak sepatutnya dilakukan dan dari satu sisi lain, saya melihat ia akan mengganggu kerukunan dalam kerajaan jika ahli-ahli parti mereka terus bertelagah.

“Jadi, pemimpin yang paling utama daripada setiap parti perlu memainkan peranan untuk menghentikan ‘peperangan’ dalam mengeluarkan kenyataan terbuka dengan kadar segera,” ujarnya.

Mengulas mengenai keputusan UMNO akan membuat permohonan kedua untuk mendapatkan pengampunan diraja terhadap Najib, beliau menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak baik.

[thumbnail of 15920.pdf] Text
15920.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (440kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
300 Social sciences > 340 Law > 342 Constitutional & administrative law
Campuses: Selangor > Dengkil Campus
Divisions: Administrative Office > UiTM Library
Newspaper: Sinar Harian
Page Range: p. 8
Date: 7 February 2024
Depositing User: Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil)
Edit Item Record
Edit Item Record