Abstract
KUALA LUMPUR: Institut Teknologi Mara (ITM) akan melatih lebih ramai bumiputera di bidang keusahawanan secara profesional dan separa profesional, kata Pengerusi Majlis ITM, Tan Seri Sallehuddin Mohamed di Majlis Konvokesyen ITM ke 28 baru-baru ini.
Menurutnya ITM akan terus menawarkan kursus separa masa seperti Kajian Luar Kampus (KLK) dan juga memperluaskan lagi kursus Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang ketika ini dijalankan di kampus cawangan Sarawak.
Beliau berucap demikian selepas menyampaikan ijazah, diploma lanjutan, diploma bertaraf ijazah, sijil kursus luaran dan diploma kepada lebih 6,561 orang graduan termasuk 46 orang graduan yang mendapat ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Ohio di majlis yang dilangsungkan di Dewan Merdeka PWTC.
"Kualiti lulusan juga akan ditingkatkan agar mereka mudah diterima oleh bakal majikan dan akan bersaing dengan para lulusan institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negeri," katanya.
![[thumbnail of 15863.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
15863.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (188kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education 600 Technology > 650 Management & auxiliary services |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Watan |
Date: | 20 October 1988 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |