Kematian Palapes UiTM: Polis tunggu laporan perubatan sebelum hantar koroner


Abstract

Polis telah selesai merekodkan keterangan daripada saksi-saksi terlibat berhubung kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya hanya menunggu laporan rasmi bedah siasat dan makmal sebelum dihantar ke Mahkamah koroner.

Katanya, siasatan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Kita sudah lengkapkan siasatan dan akan hantar ke Mahkamah koroner untuk inkues. (Hanya) tunggu laporan rasmi perubatan termasuk bedah siasat dan makmal, ” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, hari ini.

[thumbnail of Kematian Palapes UiTM Polis tunggu laporan perubatan sebelum hantar koroner.pdf] Text
Kematian Palapes UiTM Polis tunggu laporan perubatan sebelum hantar koroner.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (321kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record