Mikroplastik pasca banjir merosak ekosistem marin, 'pembunuh senyap' manusia


Abstract

Musim tengkujuh melanda Semenanjung ketika ini menyebabkan hampir semua negeri dilanda banjir besar. Kelantan dan Terengganu antara negeri mengalami bah terburuk tahun ini.

Bencana banjir turut hadir bersamanya pelbagai isu termasuk pencemaran. Dalam isu ini, pencemaran mikroplastik akibat banjir semakin meningkat sekali gus menimbulkan kebimbangan kerana merosakkan alam sekitar.

Pada 2020, kajian Universiti Malaya mendapati sejumlah besar mikroplastik di Sungai Klang dan perairan sekitar pantai adalah disebabkan banjir besar memburukkan lagi isu pencemaran marin.

Dengan rekod kejadian banjir besar selalu berlaku terutama pada musim Monsun Timur Laut, penting bagi masyarakat dan pihak berkuasa membuat persediaan lebih rapi.

Bahan pencemar plastik seperti beg plastik, puntung rokok dan botol, sering menyekat sistem saliran di Malaysia. Usaha berterusan seperti membersihkan longkang dan saluran hujan boleh mengurangkan banjir dan meningkatkan kelancaran aliran air.

Pada 2020, rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 148,000 tan plastik untuk pembungkusan makanan bersamaan dengan purata 16.78 kilogram (kg) pembungkusan plastik setiap orang setahun.

Pengurusan sisa plastik tidak berkesan menimbulkan ancaman besar kepada Malaysia, meletakkan negara dalam kalangan 10 negara teratas di dunia menghadapi isu ini.

Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah sifar penggunaan plastik 2018–2030 mendedahkan bahawa daripada 0.9 juta tan sisa plastik dihasilkan, hampir separuh atau 400,000 kg dilepaskan secara tidak wajar ke perairan Malaysia. Ini bukan sahaja mengancam ekosistem tetapi memburukkan lagi risiko banjir tempatan.

Dalam tempoh hujan berterusan berpanjangan, air banjir memasuki sistem saliran tersumbat menghanyutkan lebih banyak sisa plastik ke dalam sungai. Sungai kemudiannya berfungsi sebagai saluran dan takungan pencemaran plastik.

[thumbnail of 15815.pdf] Text
15815.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (380kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 500 Science > 570 Life sciences; biology
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > College of Engineering
Newspaper: Berita Harian
Date: 5 December 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record