Perjelas proses pengampunan kunci tutup polemik Najib


Abstract

SEPERTI dijangka banyak komen tular di media sosial susulan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

'Diskaun’ diberikan menyaksikan Najib yang menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos 2022 selepas didapati bersalah kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd bakal bebas awal iaitu pada 23 Ogos 2028 selain jumlah denda turut dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Untuk penyokong bekas Presiden UMNO berusia 70 tahun itu, pastinya keputusan tersebut disambut baik namun tidak kurang juga pelbagai pihak yang mempersoalkannya termasuk bekas pemimpin politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada meminta semua kecaman terhadap keputusan tersebut dihentikan berikutan ia dibuat berlandaskan undang-undang serta belas ihsan Yang di-Pertuan Agong terdahulu.

[thumbnail of 15803.pdf] Text
15803.pdf
Restricted to Repository staff only

Click to Download (459kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
300 Social sciences > 340 Law
Campuses: Selangor > Dengkil Campus
Divisions: Administrative Office > UiTM Library
Newspaper: Sinar Harian
Date: 6 February 2024
Depositing User: Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil)
Edit Item Record
Edit Item Record