Setia kepada raja dan negara


Abstract

SELASA dan Rabu lalu jutaan rakyat menyaksikan momen yang amat bermakna dalam catatan sejarah Raja Berperlembagaan di Malaysia dengan berlangsungnya dua istiadat penting dalam tempoh 48 jam dengan Istiadat Keberangkatan Balik Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menamatkan pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.

Kemudian disambung dengan Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17.

Kedua-dua peristiwa penting ini disaksikan rakyat jelata dengan perasaan dan emosi yang bercampur baur.

Yang pasti, kecintaan serta kecaknaan rakyat terhadap institusi beraja dilihat semakin meningkat bukan sahaja dari aspek keterikatan emosi, malah aspek kefahaman dan penghayatan teknikal menyentuh perundangan perlembagaan yang mencabar.

[thumbnail of 15801.pdf] Text
15801.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (371kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record