Abstract
ISU kenaikan tarif air bukan baharu dibincangkan sehari dua, malah ia telah menjadi topik diskusi dalam setiap pemerintahan yang bersilih ganti.
Daripada kerajaan Barisan Nasional, diikuti Pakatan Harapan yang mengambil alih kuasa pada tahun 2018 dan kemudian Perikatan Nasional pada tahun 2020 hingga 2022.
Namun akhirnya isu itu dinoktahkan di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pengumuman pelarasan tarif air baharu kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bakal berkuat kuasa 1 Februari depan.
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), keputusan kenaikan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri namun kerajaan Persekutuan menerusi SPAN akan terus melakukan pemantauan.
Tidak dinafikan, kebanyakan negeri sudah berpuluh tahun tidak menaikkan kadar tarif air masing-masing.
Antaranya Terengganu selama 26 tahun dan Pahang selama 40 tahun, malah pihak pengendali air negeri turut mengadu berdepan kesukaran menampung kenaikan kos penyediaan perkhidmatan air.
15772.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (394kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 320 Political science 300 Social sciences > 360 Social problems & services; associations > 361 Social problems & social welfare in general |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Divisions: | Administrative Office > UiTM Library |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 20 January 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |