Abstract
DI sebalik memerhatikan keriuhan politik semasa, terimbau kenangan berkuliah ketika bergelar mahasiswa.
Dalam satu kuliah, syarahan bermula dengan membincangkan ungkapan terkenal Lord Acton iaitu power tends to corrupt and absolute power corrupt absolutely (kuasa itu cenderung korup dan kuasa yang mutlak korup sepenuhnya).
Ungkapan Acton itu sebenarnya berbentuk nasihat dan peringatan.
Dalam konteks kuasa dan autoriti, beliau berpandangan mereka yang diberikan kuasa perlu sedar tentang dialektik (seni) untuk melihat kuasa dari dua sisi yang kontradiksi.
Walaupun tanggapan bahawa kuasa korup seolah-olah menjadi status quo, masih ada juga insan yang menggunakan kuasa untuk kebaikan.
Ia lantas mengingatkan kita kepada ungkapan terkenal filem adiwira Spiderman - with great power comes great responsibility (kuasa yang besar datang dengan tanggungjawab yang besar).
Walaupun sekadar ungkapan budaya popular, secara tersirat menekankan pentingnya pemimpin meletakkan rasa tanggungjawab mereka terhadap kuasa dimiliki.
15771.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (369kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 320 Political science |
Campuses: | Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 13 January 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |