Abstract
KUALA LUMPUR: Pakar undang-undang antarabangsa berpandangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan sebarang tuntutan terhadap kedaulatan negara dilakukan pihak mengaku waris kumpulan Sulu, supaya tindak balas tuntas boleh diambil bagi mencabar sekali gus menghentikan perbuatan itu.
Pensyarah Pusat Kajian Undang-undang Antarabangsa dan Siyar (CILAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Salawati Mat Basir, berkata kerajaan perlu sentiasa konsisten dalam setiap tindakan bagi mencabar sesiapa saja yang membuat apa jua tuntutan membabitkan kedaulatan negara.
Walaupun tindakan itu sememangnya sia-sia kerana dilakukan oleh kumpulan yang juga pihak persendirian, bukannya negara dengan negara , beliau menegaskan Malaysia juga perlu menunjukkan ketegasan selain berada dalam keadaan bersedia untuk melawan pihak berkenaan mengikut lunas undang-undang.
"Saya sebenarnya lebih melihat perkara ini sebagai satu usaha sia-sia daripada pihaknya yang mengakui Kesultanan Sulu. Pertamanya, mereka ini bukan 'state actor' (negara) dan mereka tidak mewakili mana-mana negara. Mereka hanya sebuah kumpulan yang hendak melawan negara iaitu Malaysia.
"Kalau mereka 'state actor', boleh bawa bincang dan pergi ke ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) untuk penyelesaian, seperti macam mana kita selesaikan (isu) Pulau Sipadan dengan Indonesia dan Pulau Batu Putih dengan Singapura. Jadi mereka tak boleh sebab tidak mewakili negara.
"Oleh sebab itu, kalau mereka berasakan Sabah boleh dipajak, itu adalah satu tindakan sangat mengarut dan tidak masuk akal. Sabah berada dalam Malaysia dan ada keterangan jelas di bawah Suruhanjaya Cobbold. Ini diakui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Jadi siapa mereka ini yang hendak ambil Sabah dan nak pajak Sabah. Ini satu kenyataan mengarut. Sekarang ini kalau mereka nak juga pergi ke mana-mana mahkamah lain, dia boleh pergi. Kita tak boleh sekat sebab mereka bukan state (negara), sebaliknya non state actor (bukan negara).
"Jadi kalau dia hendak lawan juga, kita lawan lagi. Terpaksa buat macam itu. Kalau tidak, mereka akan mula mengarut dengan lebih lanjut," katanya kepada BH hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan sebagai negara berdaulat, Malaysia akan melawan sebarang tuntutan dibuat pihak yang mendakwa waris kumpulan Sulu terhadap Sabah.
Ketegasan itu sebagai reaksi kepada kenyataan peguam utama yang kononnya mewakili kumpulan Sulu, Paul Cohen yang mendakwa kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Perancis sebagai keputusan yang 'makan diri sendiri' dan kliennya kini bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah.
Menurut Azalina tindakan kumpulan itu tidak masuk akal selain menegaskan Malaysia tidak sesekali teragak-agak untuk melawan dan mengambil tindakan sewajarnya, selepas mereka kononnya mendakwa bebas mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk kemungkinan memajak kepada negara lain seperti China atau Filipina.
Pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad, menegaskan paling utama adalah semua pihak disarankan jangan menerima kesahihan kumpulan ini yang kononnya mengaku waris Sultan Sulu.
15767.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (311kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 320 Political science |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 14 November 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |