Abstract
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada, khususnya dalam menghadapi persaingan sengit daripada pekerja asing.
Baginda bertitah bahawa sikap terlalu memilih bukan sahaja merugikan diri graduan sendiri tetapi turut memberi kesan negatif kepada pembangunan negara.
"Jika terlalu memilih (pekerjaan), para graduan akan kekal menjadi 'pengganggur terhormat' dan peluang yang ada akan direbut pekerja asing. Akibatnya awak semua, dan negara yang akan rugi," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Kampus Induk UiTM di sini hari ini.
Sultan Ibrahim turut bertitah menasihati para graduan agar tidak mengamalkan sikap terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata, kerana ia akan melahirkan generasi yang lemah dan pasif.
"Sebagai generasi baharu yang bakal memimpin negara, saudara-saudari hendaklah menolak sikap buruk ini. Budaya dan sikap bergantung hidup boleh membunuh keyakinan diri serta semangat untuk memajukan diri, akhirnya ia akan membenam usaha negara untuk terus maju," titah baginda.
Titah Sultan Ibrahim setiap individu, termasuk generasi muda, pegawai kerajaan dan ahli politik perlu berani melakukan perubahan dalam diri terlebih dahulu untuk memastikan kemajuan yang lebih besar dapat dicapai demi masa depan bangsa dan negara.
15766.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (262kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 330 Economics > 331 Labor economics |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |