Mohd Khamil dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM


Abstract

PUTRAJAYA: Tan Sri Mohd Khamil Jamil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa semalam untuk tempoh tiga tahun.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, Mohd Khamil berkelulusan dalam bidang undang-undang dari University of London memiliki pengalaman luas dalam dunia korporat dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad selama sepuluh tahun dari tahun 2006.

"Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-HICOM Berhad, Pos Malaysia Berhad dan Proton Holdings Berhad sepanjang tempoh 2016 hingga 2018.

"Mohd Khamil juga bukanlah figura baharu dalam dunia pendidikan tinggi negara. Semasa berkhidmat di DRBHICOM Berhad, beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pro-Canselor DRB-HICOM University of Automotive Malaysia.

"Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dari tahun 2013 hingga 2014 dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dari tahun 2014 hingga 2016," katanya.

KPT yakin dengan pelantikan Mohd Khamil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, akan dapat meningkatkan tadbir urus profesional universiti itu menerusi perencanaan baharu membabitkan pelbagai sektor berkepentingan.

[thumbnail of 15735.pdf] Text
15735.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (215kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 5 November 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record