Abstract
KUALA LUMPUR: Pakar sejarah negara, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling meninggal dunia di Hospital Shah Alam, jam 4.30 pagi tadi.
Difahamkan sebelum ini, Zainal, 80, yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) dan bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), dibawa ke unit kecemasan oleh keluarganya selepas tahap kesihatannya semakin menurun akibat komplikasi diabetik yang dialaminya.
Jenazah Allahyarham akan dibawa untuk dimandikan serta dikafankam di Surau Seksyen 3, Shah Alam.
Pelbagai sumbangan diberikan oleh Zainal sepanjang hayatnya, termasuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pakar Bidang Ensiklopedia Dunia, Pengerusi Pakar Bidang Kebudayaan, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Jawatankuasa Penerbitan DBP dan Ahli Majlis Pemandu Basmi Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Allahyarham juga adalah bekas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM dan bekas Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sementara itu, Buletin TV3 melaporkan, berita pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Allahyarham sebagai ilmuan tersohor tanah air dan sering menjadi rujukan dalam sebarang pembentukan dasar dan polisi negara.
15734.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (211kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Awards |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 7 November 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |