Jangan ulang kesilapan subsidi diesel sebelum ini


Abstract

Sebahagian besar perbelanjaan kerajaan tertumpu kepada subsidi dan bayaran gaji penjawat awam, dengan Malaysia membelanjakan kira-kira RM81 bilion untuk subsidi sahaja pada tahun lalu.

Menurut Citigroup Inc., perbelanjaan fiskal Malaysia bagi lima bulan pertama tahun ini menunjukkan keperluan mendesak untuk mereformasi subsidi bahan api agar negara dapat mencapai sasaran defisit 2024.

Oleh itu, Malaysia dijangka memulakan pengenalan subsidi bersasar bahan api RON95 selepas pengenalan subsidi diesel yang dirasionalisasikan baru-baru ini.

Untuk memastikan kejayaan subsidi bersasar yang akan datang, amat penting kerajaan mengamalkan pendekatan holistik melangkaui sekadar data pendapatan. Pendapatan sahaja tidak memberikan gambaran penuh tentang keadaan kewangan seseorang individu. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai pendapatan yang agak tinggi mungkin juga mempunyai liabiliti yang besar, seperti pinjaman pendidikan dan perumahan, perbelanjaan pendidikan atau kos penjagaan kesihatan. Liabiliti ini boleh mengurangkan pendapatan boleh guna dengan ketara, menjadikan mereka lebih terdedah kepada kejutan ekonomi.

[thumbnail of 15680.pdf] Text
15680.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (155kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record