Abstract
Dalam usaha untuk merapatkan jurang antara pendidikan dan sektor pekerjaan, Jobstore.com telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan lapan universiti berprestij dalam acara MYCareerFair, yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.
Kerjasama strategik itu menekankan komitmen Jobstore.com menyokong pelajar dan graduan sewaktu mereka beralih ke bidang pekerjaan, memupuk generasi bersedia dengan kerjaya serta mampu memenuhi permintaan pasaran pekerjaan hari ini.
Universiti yang terlibat dalam kerjasama penting ini termasuk Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), UCSI University, Universiti Islam Selangor (UIS), Xiamen University, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, UiTM Shah Alam, ELMU Education, UNIRAZAK, and INTI International University.
15673.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (329kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 30 October 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |