Abstract
KELESUAN antara isu paling mempengaruhi kesihatan psikososial di tempat kerja seperti didedahkan satu laporan bahawa 58 peratus pekerja di negara ini mengalaminya dengan 51 peratus pula menyatakan keseimbangan kerja-hidup buruk sebagai punca utama pada 2022.
Namun, ramai takut berbincang secara terbuka kerana khuatir kesan negatif terhadap kerjaya mereka dan konteks yang sangat luas.
Bagaimanapun, Malaysia berusaha menyeimbangkan pemulihan ekonomi pascapandemik dengan keperluan kesihatan psikososial tenaga kerja.
Di sebalik terdapat kemajuan, masih ada jurang besar dalam perlindungan insurans kesihatan psikososial. Insurans kesihatan ditawarkan majikan biasanya mengecualikan perkhidmatan kesihatan psikososial.
Kekurangan perlindungan ini menjadikan pekerja terdedah, terutama ketika memerlukan bantuan profesional untuk menangani kepenatan, kemurungan atau kebimbangan.
Namun, ada syarikat penyedia insurans di negara ini bekerjasama dengan platform kesihatan psikososial digital ThoughtFull pada 2022 dan menjadi inisiatif pelan insurans kesihatan psikososial untuk pekerja, sekali gus langkah pertama ke arah memasukkan kesihatan psikososial dalam faedah insurans, menyediakan pekerja dengan akses kepada terapi dan runding cara.
15667.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (322kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 100 Philosophy & psychology |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Applied Sciences |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 1 November 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |