Ambil iktibar serangan kelui di Lubnan


Abstract

Asia Barat dikejutkan sekali lagi dengan taktik terbaharu Israel iaitu serangan kelui yang berlaku di Lubnan dan mengakibatkan lebih dari 2,000 rakyatnya mengalami kecederaan kritikal akibat daripada letupan tersebut.

Rejim Israel meletakkan sebuah bom bersaiz sederhana ke dalam kelui sebelum alat itu mula dieksport memasuki ke Lubnan untuk diguna pakai. Kelui yang dimiliki itu meletup pada waktu yang ditentukan dan berlaku serentak di serata daerah di Lubnan. Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak juga tidak terlepas dari serpihan letupan tersebut.

Sebahagian besar daripada mereka mengalami kecederaan yang serius dan mengakibatkan kematian selain tidak kurang juga yang berhadapan dengan kecacatan seumur hidup seperti kehilangan mata juga tangan. Ini adalah satu bentuk jenayah terancang yang tidak dijangka dan blok Barat seolah-olah seperti tidak acuh dengan perlakuan jijik tersebut selain memilih untuk berdiam diri.

Edit Item Record
Edit Item Record