Pilih sistem SSPA atau SSM?


Abstract

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pekeliling ini menawarkan Opsyen SSPA kepada pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat pada 1 Disember untuk membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengannya dalam tempoh 40 hari mulai 21 Oktober hingga 30 November.

Penjawat awam perlu merebut peluang ini demi masa depan mereka yang lebih terjamin kerana ia menawarkan peluang yang sangat berharga kepada mereka untuk memperbaiki struktur gaji, skim perkhidmatan dan pencen.

Fokus utama SSPA adalah pelarasan gaji yang lebih baik. Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus diberikan secara berfasa di mana lapan peratus atau minimum RM240 pelarasan diberikan pada 1 Disember 2024 dan tujuh peratus diberikan pada 1 Januari 2026, memastikan kenaikan pendapatan yang stabil.

[thumbnail of 15653.pdf] Text
15653.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (230kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record