Pensyarah UiTM terasa kehilangan


Abstract

Kehilangan tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun di sini, yang maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV, semalam, bukan hanya dirasai ahli keluarga mereka, malah pensyarah universiti itu.

Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTM Kampus Dungun, Azlinda Mohamad berkata, ketiga-tiga sahabat itu, Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun, serta Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, merupakan pelajar yang baik, komited dalam me­nuntut ilmu dan mempunyai keperibadian yang tinggi.

Edit Item Record
Edit Item Record