Abstract
DEMI mencari peruntukan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasannya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nekad berlari sejauh 200 kilometer menuju ke Parlimen.
Larian Syed Saddiq selama empat hari itu bukan sahaja mendapat sokongan moral daripada orang ramai malah ia turut berjaya meraih sumbangan melebihi RM100,000.
Menurut ahli politik muda itu, larian tersebut merupakan simbolik protes terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendakwa gagal mencari solusi menerusi rundingan dan surat-menyurat berhubung peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.
Tidak dinafikan sememangnya tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang menghendaki atau memaksa kerajaan Persekutuan memberi peruntukan dana kepada setiap ahli Parlimen.
Seperti hantaran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu di Facebook, peruntukan ahli Parlimen adalah peruntukan Perdana Menteri maka terpulang kepadanya untuk memberikan kepada mana-mana ahli Parlimen yang beliau percaya boleh membantu membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat.
15645.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (420kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 320 Political science 300 Social sciences > 360 Social problems & services; associations > 361 Social problems & social welfare in general 300 Social sciences > 305 Social groups |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 5 July 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |