MBSB bantu usahawan muda bina kemahiran digital


Abstract

PETALING JAYA: MBSB Bank Bhd menyumbang sebanyak RM130,000 melalui Program Digibiz Mastery Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi memberi sokongan berterusan untuk pelajar membangunkan kemahiran yang diperlukan dalam persekitaran perniagaan yang semakin digital.

MBSB dalam satu kenyataan berkata, program ini merangkumi 'TikTok Mastery Bootcamp' untuk 150 pelajar yang akan memfokuskan kepada manfaat TikTok sebagai platform pemasaran yang berkesan.

"TikTok adalah satu daripada platform media sosial paling popular dalam kalangan generasi muda, di mana platform ini mempunyai algoritma dan enjin carian yang memberi kelebihan kepada usahawan dalam mencapai lebih ramai pelanggan dengan cepat.

"Selain program ini, kami juga menubuhkan MBSB-Innobiz Hub, satu ruang inovasi yang lengkap dengan peralatan untuk penstriman langsung dan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang akan membantu pelajar memahami serta menguasai kemahiran digital yang diperlukan untuk bersaing dalam perniagaan moden," katanya.

[thumbnail of 15638.pdf] Text
15638.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (281kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 650 Management & auxiliary services > 658 General management > Entrepreneurship
Campuses: Selangor
Newspaper: Berita Harian
Date: 24 October 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record