Abstract
KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus subsidi yuran pengajian yang ditanggung kerajaan bagi kursus peringkat ijazah sarjana muda dan diploma di universiti awam (UA) turut dinikmati anak golongan kaya.
Ia berdasarkan bayaran dinyatakan dalam surat tawaran pengajian bagi pengambilan terbaharu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat BH.
Contoh, yuran pengajian peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian di UKM menelan kos keseluruhan RM88,152 bagi tempoh kursus empat tahun, namun pelajar hanya perlu membayar RM7,520.
Subsidi itu meliputi semua pelajar kemasukan tahun akademik 2024/2025, termasuk dari keluarga kaya atau berpendapatan tinggi atau T20, merujuk 20 peratus isi rumah dengan pendapatan bulanan tertinggi di Malaysia, biasanya melebihi RM10,971.
Contoh lain, Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UiTM menelan kos keseluruhan RM31,012 satu semester atau enam bulan, namun pelajar termasuk dari keluarga T20 hanya perlu membayar sekitar satu peratus atau RM1,048.
15381.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (417kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 330 Economics 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 2 October 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |