Abstract
KUALA LUMPUR: Isu tunggakan gaji yang terus membelenggu kancah liga bola sepak tempatan seharusnya menjadi amaran ataupun signal khususnya kepada generasi baharu yang berhasrat untuk berkecimpung dalam sukan nombor satu itu.
Bukan ingin menakutkan ataupun melenyapkan impian mereka untuk menjadi pemain bola sepak namun realiti yang sedang berlaku ketika ini mencerminkan kebimbangan yang berisiko membuatkan mereka turut 'terperangkap' dalam kitaran sama pada masa akan datang.
Justeru, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa mengingatkan pemain di peringkat akar umbi supaya dapat bersedia dengan kemahiran selain bola sepak memandangkan tidak semua pemain akan beruntung untuk mendapat gaji 'kayangan' dalam Liga Malaysia (Liga M).
Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu menegaskan pemain perlu menukar 'mindset' dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pendapatan menerusi bola sepak bagi memastikan kelangsungan hidup mereka.
"Pemain perlu beradaptasi dan menyediakan pelan kontigensi dengan tidak hanya berharap pada gaji sebagai pemain bola sepak semata-mata. Sebab itulah untuk pemain di bawah usia, mereka perlu bersedia dengan kemahiran di luar bola sepak terutamanya membabitkan bidang pendidikan.
15319.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (356kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 25 September 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |