Mengamalkan disipln bantu dua Pegawai Tentera berjaya di ITM


Abstract

Mengamalkan disiplin tentera semasa belajar telah membantu Kapten Syed Ismail Syed Omar, 31 dan Mejar Shamsuddin Haji Ghalam Jilani, 39 mencapai kejayaan dalam bidang akademik di Institu Teknologi MARA (ITM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kedua-duanya berjaya mendapat diploma dalam kajian pentadbiran dan undang-undang di konvokesyen ITM baru-baru ini. Di samping mendapat diploma, Kapten Syed Ismail juga berjaya mendapat dia hadiah pelajar terbaik kajian dan hadiah diploma undang-undang. Kedua-dua hadiah itu adalah sumbangan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.

Kapten Syed Ismail berkata, kejayaannya itu yang didorong oleh kemahuan untuk belajar ditambah pula dengan disiplin yang kuat adalah juga merupakan satu usaha ke arah memenuhi hasrat orang tuanya yang inginkan beliau menjadi seorang peguam

[thumbnail of 15259.pdf] Text
15259.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (139kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record