25 pelajar cemerlang UiTM Sarawak terpilih sertai program ‘UiTM Global Ambassador’


Abstract

KUCHING: ‘UiTM Global Ambassador’ (UGLAM) Cawangan Sarawak buat pertama kalinya ditubuhkan bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti silang budaya selain untuk membina jaringan antarabangsa yang berupaya memberikan impak positif kepada individu terlibat dan UiTM secara keseluruhannya.Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik, Antarabangsa) dan Menjalankan Fungsi Rektor, UiTM Sarawak, Prof. Madya Ts. Chm. Dr Mohammad Isa Mohamadin, berkata pelajar yang terpilih untuk mengikuti program UGLAM terdiri daripada 25 pelajar yang cemerlang daripada 10 gugusan akademik. Katanya, prosedur pemilihan yang ketat dan sistematik telah dipraktikkan semata-mata untuk memastikan calon UGLAM ini adalah dalam kalangan pelajar yang layak dan menepati kriteria yang diperlukan bagi menjadi duta muda kampus berkenaan. “Penubuhan UGLAM ini merupakan satu langkah penting untuk meningkatkan visibiliti global UiTM Cawangan Sarawak.

[thumbnail of 15198.pdf] Text
15198.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (318kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: ‘UiTM Global Ambassador’ (UGLAM)
Subjects: Special Collections > UiTM Campuses > Sarawak
Campuses: Sarawak > Samarahan 2 Campus
Divisions: Administrative Office > Communications Department
Newspaper: Suara Sarawak
Page Range: pp. 1-2
Date: 10 July 2024
Depositing User: Jamil Jawi (Samarahan)
Edit Item Record
Edit Item Record