Formula ampuh politik perpaduan


Abstract

MELANGKAH masuk ke tahun baharu 2024, khabar angin tentang ‘Langkah Dubai’ membuai persepsi dan memori.

Memandangkan imbauan kepada ‘Langkah Sheraton’ yang membawa kepada pertukaran kerajaan seterusnya menghumban negara kepada ketidak tentuan politik berterusan menjadikan khabar angin itu mengerikan ilusi.

Diperhatikan, apa juga nama yang diberikan, langkah itu membawa maksud kepada pertukaran kerajaan melalui pembentukan pakatan kerjasama politik bergabung bagi membentuk majoriti menguasai Parlimen.

Kaedah ini lazimnya tidak melalui mandat pilihan raya dan bertentangan dengan prinsip moral, sekalipun ia tidak melanggar perlembagaan.

Namun, ia tetap menyerlahkan hakikat bahawa keterpecahan dan polarisasi kaum dalam pola pengundian di samping kekuatan parti-parti yang seimbang dalam menguasai kelompok dan demografi pengundi tertentu menyukarkan mana-mana parti untuk menguasai majoriti secara bersendirian.

Lantas formula koalisi dan permuafakatan menjadi mekanisme terbaik bagi membentuk kerajaan.

[thumbnail of 15191.pdf] Text
15191.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (386kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record