Abstract
KUALA LUMPUR : Pihak berkecuali boleh dibentuk untuk menyediakan draf Memorundum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang sekaligus mengelak pertikaian isu MoU berterusan yang akhirnya tidak menguntungkan rakyat.
Penganalisis politik berpendapat, pihak berkecuali yang diterima kedua-dua pihak ini mesti bertindak mengumpul seberapa banyak cadangan, permintaan serta syor dari kerajaan dan pembangkang, sebelum satu draf akhir MoU dikemukan untuk dipersetujui.
Penganalisis politik yang juga Prof Khas Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Dr Ismail Sualman berkata, draf MoU itu mesti meletakkan keadilan kepada semua pihak atau berada di situasi menang-menang serta tidak bersifat berat sebelah.
"Sekarang ini kerajaan sudah pun dibentuk. Keutamaan kini adalah kepada rakyat dan negara. Jadi, wajar kedua-dua pihak hentikan 'politiking' yang tidak berkesudahan dan menumpukan kepada usaha untuk mencari kesepakatan bersama dalam memeterai MoU.
15184.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (330kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 320 Political science |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 18 September 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |