Peralihan dan cabaran 2024


Abstract

HARI ini kita berada di helaian ke-364 daripada 365 halaman yang ada bagi 2023. Tahun depan kita akan mempunyai satu helaian tambahan memandangkan 2024 adalah ‘tahun lompat’ yang lazimnya akan ditambah satu hari setiap empat tahun pada bulan Februari menjadi 29 berbanding 28 hari.

Sepanjang 2023, politik Malaysia menyaksikan gelombang perubahan yang signifikan menghasilkan landskap dan cabaran berbeza untuk 2024.

Perubahan tersebut menjadi titik penting kepada transisi politik yang membawa peluang dan membuka ruang membentuk landskap politik negara yang segar serta bertenaga.

Tahun depan mesti dimulakan dengan penghasilan pencapaian dalam kepimpinan selepas rombakan Kabinet yang seharusnya membawa perubahan melalui pemerkasaan gabungan menjanjikan pembaharuan dan dasar progresif.

Perubahan tersebut perlu mencerminkan gesaan rakyat Malaysia yang mahukan bukan sahaja akauntabiliti, ketelusan dan pembangunan sosioekonomi tetapi menagih ketangkasan kerajaan untuk membawa lebih banyak hasil serta pencapaian ketara dan dirasai.

Anggota Kabinet menghadapi tugas berat untuk menangani isu-isu lama seperti rasuah, kesenjangan ekonomi dan integrasi sosial, selain mengemudi cabaran politik baharu yang kompleks.

[thumbnail of 15183.pdf] Text
15183.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (450kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record