UiTM Kampus Rembau anjur program bimbingan kerjaya


Abstract

Rembau: Keperluan pelajar membuat perancangan kerjaya berdasarkan minat atau kebolehpasaran graduan dalam pekerjaan yang bermula di peringkat sekolah mendorong penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UITM) Rembau mengambil inisiatif menganjurkan program bimbingan kerjaya.

Penuntut tahun akhir universiti itu tampil menjayakan program bimbingan berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan (SMK DUHA) Kota, baru-baru ini.

Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UITM Cawangan Negeri Sembilan, Maizura Manshor, berkata program bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah menengah mengenai laluan kerjaya yang jelas.

“Selari dengan hasrat kementerian, UITM menggerakkan tanggungjawab sosial universiti untuk berkongsi kepakaran dalam bidang komunikasi dan media terutamanya penyiaran.

“Ini bukan sahaja dapat membantu pelajar menceburi bidang yang diminati, bahkan dapat memenuhi keperluan pekerjaan yang mereka minati.

“Diharapkan menerusi program ini dapat menanamkan semangat untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan memberikan mereka inspirasi menjadi generasi berpelajaran,” katanya kepada

Sementara itu, Pengetua SMK DUHA, Aliyas Ahmat, menyambut baik program berkenaan dan percaya ianya bukan sekadar perkongsian maklumat malah dapat memberi pandangan yang jelas mengenai pelbagai laluan kerjaya yang ada.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan UITM itu dapat memberi pelajar ruang untuk mengembara dan mengeksplorasi minat serta kebolehan mereka sendiri.

“Program ini jelas membantu pelajar sekolah ini dalam memastikan mereka tidak hanya mencapai kecemerlangan akademik, tetapi juga dipersiapkan dengan baik untuk melangkah ke dunia luar selepas tamat pengajian mereka di sini,” katanya.

[thumbnail of 15127.pdf] Text
15127.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (200kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Schools & their activities; special education
Campuses: Negeri Sembilan > Rembau Campus
Newspaper: Berita Harian
Page Range: p. 23
Date: 15 July 2024
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Edit Item Record
Edit Item Record