Abstract
PENDIDIKAN di universiti bukan hanya berfokus kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut menitikberatkan pembentukan sahsiah dan perkembangan diri pelajar secara holistik. Salah satu cara yang berkesan untuk mencapai matlamat
ini adalah melalui penyertaan dalam aktiviti badan beruniform.
Badan beruniform, seperti Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Kesatria, Kor Sukarelawan Polis (Suksis) dan Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSSM) memainkan peranan penting dalam memperkasa sahsiah pelajar dan menyediakan pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah yang amat bernilai. Penyertaan dalam badan beruniform
menggalakkan pembentukan disiplin diri yang tinggi dalam kalangan pelajar. Melalui latihan berkala dan aktiviti yang
berstruktur, pelajar diajar untuk menghargai masa, menguruskan tanggungjawab, dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap tugasan yang diberikan. Disiplin yang dipupuk melalui latihan fizikal dan mental ini membantu pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berdaya tahan, ciriciri yang amat penting untuk kejayaan dalam kehidupan akademik dan kerjaya kelak. Aktiviti badan beruniform memperkukuhkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan. Pelajar belajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan mereka dalam mencapai matlamat bersama, sama ada dalam bentuk misi latihan, projek
sukarela, atau pertandingan antara pasukan. Semangat kesepaduan ini bukan sahaja meningkatkan keterampilan sosial pelajar, tetapi juga mengajarkan mereka nilai-nilai seperti hormat-menghormati, empati, dan tolak ansur. Kemahiran bekerja dalam
pasukan yang efektif adalah salah satu keperluan utama dalam dunia pekerjaan hari ini, dan pengalaman dalam badan
beruniform menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh dalam bidang ini.
15123.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (292kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Schools & their activities; special education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 15 July 2024 |
Depositing User: | Bahagian Sumber Bercetak 2 |
Get Item From: | Retrieved Agencies > Jabatan Komunikasi UiTM |