Abstract
SHAH ALAM: Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima penghargaan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) atas dedikasi dan komitmen berterusan sebagai rakan strategik universitinya.
UiTM dalam kenyataan memaklumkan, penghargaan itu juga sebagai tanda menghargai peranan penting universiti berkenaan dalam melahirkan akauntan bertauliah yang berdaya saing di peringkat global.
"Kerjasama strategik antara UiTM dan ACCA sudah lama terjalin bermula sejak 1956, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan bilangan akauntan bertauliah di Malaysia.
"UiTM menjadi platform utama dalam memperkasakan akauntan Bumiputera, selain memainkan peranan penting dalam pembangunan akauntan global masa hadapan," menurut kenyataan itu.
Penghargaan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ACCA, Helen Brand pada Majlis Gala Ulang Tahun Ke-88 ACCA Malaysia di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
UiTM dalam kenyataan sama memaklumkan pada 2010, Fakulti Perakaunan UiTM menerima pengiktirafan sebagai penyedia pembelajaran bertaraf Platinum oleh ACCA, menjadikannya universiti awam pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan berkenaan.
"UiTM bertekad untuk terus memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama pintar dengan ACCA dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan profesionalisme akauntan di Malaysia," menurut kenyataan itu.
15077.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (250kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Awards |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 8 September 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |