Abstract
SHAH ALAM, 2 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, di sini hari ini.
Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro-Canselor berkenan menyampaikan anugerah kepada 107 penerima ijazah doktor falsafah, sarjana kepakaran klinikal selain 15 graduan terbaik.
Sepanjang sesi bermula hari ini hingga 17 Oktober, seramai 28,020 pelajar pelbagai bidang mendapat anugerah masing-masing menerusi 27 sidang dengan sebahagian besar seramai 25,459 graduan menerimanya di kampus Shah Alam.
Sementara itu Naib Canselor Professor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata setakat ini UiTM memiliki lebih 700,000 alumni dan berharap semua ahli memainkan peranan demi kelangsungan pelajar di masa depan.
Beliau turut mengingatkan graduan supaya melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional setelah mendapat pekerjaan sekali gus bakal memberi manfaat kepada pelajar baharu.
“Insya-Allah kita akan teruskan semangat juang dengan membawa kejayaan dalam setiap langkah. Jadilah konglomerat anak bangsa yang berjaya agar kita dapat terus menginspirasi dan mengilhami serta menjadi teladan dalam kejayaan dunia,” katanya ketika sembah ucap.
15047.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (614kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Awards |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Selangorkini |
Date: | 2 September 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |