UiTM perlu terus bawa kemajuan Orang Melayu, Bumiputera


Abstract

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) harus terus berperanan membawa kemajuan pendidikan kepada orang melayu dan bumiputera sehingga mereka boleh berdiri sendiri seterusnya pencipta nilai di dalam ekonomi masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, UiTM masih kekal relevan sehingga ke hari ini atas sebab dan kemunduran dengan kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa orang Melayu dan bumiputera itu perlu dibantu dengan pendidikannya yang lebih terkedepan.

Katanya, ini kerana kebanyakan orang melayu dan bumiputera itu datang daripada golongan masyarakat yang tersusah.

“Namun begitu, orang Melayu itu tidak boleh sentiasa disuap dengan segala kesenangan sehinggakan mereka terlalu bergantung harap kepada orang lain.

“Di sinilah peranan penting UiTM untuk membawa suatu kemajuan pendidikan kepada orang melayu dan bumiputera,” katanya sempena majlis Malam Gala 25 tahun UiTM, malam ini.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar menegaskan, sejarah UiTM perlu dimaknai dengan suatu fahaman tentang tantangan dan permasalahan pendidikan orang Melayu itu sendiri.

Beliau bagaimanapun memuji apabila UiTM berjaya untuk mengekalkan malah memartabatkan citra bumiputera, dan pemikiran yang lebih mengakar kepada konteks tempatan dan tidak semena-mena menjadi pengagum aliran pendidikan barat semata-mata.

[thumbnail of 14993.pdf] Text
14993.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (341kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 306 Culture & institutions
300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Kosmo
Date: 28 August 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record