Media sosial jadi sokongan politik


Abstract

DALAM era teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang dengan pesat, penggunaan media sosial di Malaysia telah menjadi satu fenomena yang tidak dapat dielakkan, terutamanya dalam konteks sokongan politik.

Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok bukan sahaja menyediakan platform untuk pengguna berkongsi maklumat secara cepat dan pantas, tetapi juga telah menjadi saluran penting bagi rakyat negara ini menyuarakan pandangan politik mereka.

Perubahan dalam politik dan cara masyarakat memperoleh maklumat telah mencetuskan satu perubahan ketara dalam cara parti politik dan pemimpin politik berinteraksi dengan penyokong mereka.

Edit Item Record
Edit Item Record