Abstract
KUALA LUMPUR: Pemindahan kredit atau cadangan mengikuti kelas di universiti lain boleh dilaksanakan dengan syarat mekanisme pelaksanaan diperhalusi terlebih dahulu agar kepentingan universiti atau pemegang taruh termasuk industri dan pelajar, terjaga.
Koordinator Kursus Penyiaran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Aeyneda Zairyn Abdul Jalil, berkata pengajian dan kursus di institusi pengajian tinggi perlu dijaga kualiti dan tidak boleh terburu-buru atau secara hentam kromo sahaja.
Katanya, perancangan juga bukan sekadar atas kertas sahaja tetapi perlu dipastikan ia memberi nilai yang terbaik terhadap pelajar dan industri, termasuklah berkaitan jangkaan peratus keberkesanan yang tinggi dalam pelaksanaan itu.
"Sebenarnya, kami sentiasa melaksanakan amalan semakan kurikulum secara berkala bagi memastikan kandungan kursus serta pelan pengajian relevan dengan situasi masa kini. Ia termasuklah memastikan kandungan kursus pengajian tidak bertindih dengan jurusan-jurusan lain di fakulti kami.
"Rujukan ini termasuklah kepada pihak berkepentingan seperti ahli panel industri, pakar akademik dalam dan luar negara serta pihak alumni dalam memastikan sesuatu keputusan berkenaan kandungan kursus yang dibuat itu adalah wajar dan berpandukan laras yang tepat.
5678.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (466kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 19 August 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |