KPM pemangkin pendidikan berkualiti


Abstract

PENULIS tertarik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dipimpin oleh Fadhlina Sidek yang memperkenalkan tujuh teras nadi keunggulan KPM sebagai langkah pemerkasaan sektor pendidikan negara di landasan betul. Secara peribadi, ia bukan sahaja dilihat menyokong falsafah madani, gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara khusus tetapi juga persiapan menyediakan sektor pendidikan negara menjadi kalis masa depan. Lengkap lagi menyeluruh, pelaksanaan tujuh teras merangkumi aspek komunikasi lebih cekap dan telus antara kementerian serta sekolah dan pe-nekanan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak serta integriti. Selain itu, ia turut memberi perhatian isu kemiskinan berbilang dimensi keluarga B40, menangani isu keciciran dan masalah literasi serta numerasi, kebajikan guru, peningkatan infrastruktur sekolah dan peningkatan keupayaan digital dilihat cukup bagi memastikan sektor pendidikan diperkasakan dengan jayanya. Jika diteliti, kesemua teras diketengahkan itu adalah satu usaha mampan daripada pihak KPM bagi memastikan setiap dasar berkaitan dengan pendidikan itu mampu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Edit Item Record
Edit Item Record