Abstract
KUCHING: Delegasi UiTM Cawangan Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara) Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil di sini, hari ini.
Menurut satu kenyataan hari ini, kunjungan itu diketuai oleh Rektor UiTM Sarawak Profesor Dr Firdaus Abdullah, diiringi oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Profesor Madya Dr Mohamad Isa Mohamadin.
Dr Jerip telah diberi taklimat mengenai UiTM Sarawak dan program-program pra-Diploma yang ditawarkan oleh UiTM untuk diuar-uarkan kepada para calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan DUN Mambong.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong sangat aktif dalam aktiviti program jelajah pembangunan belia.
Selain itu, Firdaus turut menyampaikan maklumat ringkas mengenai rancangan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak khususnya dalam penyelidikan alga sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui serta penanaman padi berteknologi tinggi.
“Saya amat menyokong usaha ini dan menawarkan pelaksanaan projek printis di kawasan Bengoh sebagai ‘test bed’ dengan bantuan geran penyelidikan,” kata Dr Jerip.
Selain itu, beliau mahu UiTM Sarawak membantu dalam membangunkan industri pelancongan desa di Bengoh melalui pemindahan ilmu dari aspek pembangunan pakej pelancongan bertemakan kebudayaan dan kesenian komuniti tempatan yang dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara.
Di akhir kunjungan, Firdaus menyampaikan kertas cadangan kajian bertajuk 'Emission and Carbon Reduction Program Retrofitting Program for Kuching’s Public Bus Fleet' kepada Dr Jerip untuk pertimbangan jalinan kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan UiTM Sarawak.
Hadir sama ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Profesor Madya Dr Saimi Bujang, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Profesor Dr Juferi Idris, serta Timbalan Pendaftar Kanan Mohamad Hasimi Abdullah.
![[thumbnail of 14686.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
14686.pdf
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (239kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Rektor, Projek Printis |
Subjects: | Corporate Governance |
Campuses: | Sarawak Sarawak > Samarahan 2 Campus |
Newspaper: | Utusan Borneo |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 25 March 2025 |
Depositing User: | Dominic (Samarahan) |