Segera pinda Akta Lompat Parti


Abstract

AKHIRNYA terjawab kegusaran umum tentang adanya lompang dan kelemahan Akta Lompat Parti.

Mungkin ada hikmahnya akta itu kembali dipersoalkan, cuma sedikit terkilan kerana ketika ia dibahaskan pada 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika itu, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sudah pun menjelaskan kelemahan yang tidak menepati matlamat sebenar Akta Lompat Parti dikuatkuasakan.

Ibarat ‘I told you so!’, Wan Junaidi seperti menempelak keputusan kerajaan terdahulu yang menolak amaran beliau dan Jawatankuasa Pemilihan supaya memasukkan tiga cadangan berikut dalam menguatkan akta tersebut iaitu ingkar dan melanggar arahan parti, melanggar arahan Whip dan kemas kini serta kuat kuasa syarat hilang kelayakan bertanding yang sudah wujud sebelumnya.

Tiga cadangan itu diutarakan beliau ketika Rang Undang-undang (RUU) Akta Lompat Parti digubal.

Edit Item Record
Edit Item Record