Guna teknologi AI bagi menyediakan air bersih di pelantar minyak dari sumber air laut


Abstract

KETERSEDIAAN sumber air bersih adalah merupakan antara perkara asas yang paling penting dan amat dititik beratkan dalam mana-mana sektor industri, sama ada melibatkan di peringkat skala kecil, sederhana mahu pun bertaraf mega.

Sebagai contoh, pemain industri yang terlibat secara langsung dalam operasi cari gali minyak dan gas yang lazimnya berpangkalan di pelantar minyak yang terletak di perairan laut lepas.

Melihat kepada perspektif penggunaan sumber air bersih di pelantar minyak, ketersediaan bekalannya adalah sangat terhad dan diklasifikasikan satu keperluan yang sangat kritikal.

la disebabkan keadaan bekalan yang ada kalanya terganggu dan berkemungkinan boleh terputus disebabkan oleh faktor-faktor luar kawalan seperti kekangan pengangkutan dan kesukaran penghantaran bekalan air bersih dari tanah besar serta keadaan cuaca buruk yang juga turut menyumbang kepada ketirisan sumber bekalan.

Malahan, antara perkara yang amat dibimbangkan seandainya bekalan air bersih tidak dapat disediakan dalam tempoh yang sepatutnya natijahnya, sudah pasti akan menyukarkan para pekerja pelantar dari segi keperluan makanan dan minuman harian khususnya serta keperluan lain-lain amnya.

[thumbnail of 14616.pdf] Text
14616.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (359kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record