Pengendali media sosial perlu siasat, sekat pelaku dan padam segera kandungan buli siber


Abstract

BULI siber adalah satu isu yang semakin membimbangkan dan diibarat seperti barah dalam masyarakat. Jika tidak dirawat atau ditangani, ia menjadi semakin melarat dan parah. Perkembangan media sosial itu sendiri memberi ruang buli siber menjadi lebih mudah diakses dan sukar dikawal.

Antara bentuk buli siber adalah memberi komen negatif ditujukan kepada individu, menyebar maklumat palsu atau fitnah mengenai seseorang, menghantar mesej mengandungi ancaman fizikal atau psikologi dan memuat naik gambar atau video seseorang yang memalukan.

Edit Item Record
Edit Item Record