Abstract
Pada 21 Julai lalu, di Cyberjaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil inisiatif untuk merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 sempena perayaan Hari Kebangsaan 2024 yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos dan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 September.
Majlis ini tidak sekadar menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan, tetapi juga bertujuan untuk menyatukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan etnik, agama atau fahaman politik, dengan mengamalkan prinsip Malaysia Madani.
Tahun lepas, tema Hari Kebangsaan ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ mencerminkan semangat perpaduan, patriotisme yang tinggi dan cinta mendalam terhadap negara dalam memenuhi harapan rakyat.
Dalam amanat pertama Hari Kebangsaan beliau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 30 Ogos 2023, Perdana Menteri menegaskan bahawa untuk mencapai aspirasi negara sebagai sebuah negara hebat, adalah penting untuk memastikan kebebasan minda dan jiwa rakyat dari pandangan kolonialisme dan pemikiran kuno.
Beliau menegaskan bahawa untuk melonjakkan Malaysia ke hadapan, semua lapisan masyarakat perlu memiliki jiwa merdeka yang menolak untuk menjadi alat atau dieksploitasi oleh golongan elit untuk keuntungan peribadi yang merugikan negara.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini pula mengusung tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, yang menekankan kebebasan rakyat dari unsur-unsur negatif dalam menafsirkan semangat patriotik dan menggalakkan pemikiran yang progresif dalam integrasi sosial dan ekonomi untuk memperkukuhkan kesatuan dan harmoni dalam kalangan rakyat.
14602.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (542kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 320 Political science > 327 International relations |
Campuses: | Negeri Sembilan |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 25 July 2024 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |