Lebih 5,000 pelajar antarabangsa diterima di UiTM sejak 2019


Abstract

KUALA LUMPUR: Seramai 5,571 pelajar antarabangsa diterima melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam tempoh lima tahun sejak 2019.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pengambilan pelajar antarabangsa itu hanya membabitkan mereka di peringkat pasca siswazah.

Katanya, bagi 2019, seramai 276 pelajar yang diterima untuk menuntut di universiti awam itu, manakala 547 pelajar diterima pada tahun berikutnya (2020).

Bagi 2021 pula membabitkan seramai 1,241 pelajar, 2022 (1,873) dan 2023 (1,634 pelajar).

"Peningkatan enrolmen pelajar antarabangsa peringkat pasca siswazah menunjukkan UiTM semakin menjadi pilihan di peringkat antarabangsa selari hasrat universiti ke arah Global Renowned University menjelang 2025 (GRU 2025)," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai jumlah pelajar antarabangsa yang diterima menuntut di UiTM setiap tahun bagi 2013 hingga 2023.

Dalam pada itu, Zambry berkata pengambilan pelajar antarabangsa ini adalah satu syarat untuk UiTM berada dalam QS World University Rankings.

Katanya, pada 2019, UiTM berada di tangga 751-800 dan telah melonjak ke tangga 555 pada 2023 dalam QS World University Rankings.

"Pengambilan pelajar antarabangsa turut menjadi antara satu elemen dalam pengukuran bagi Malaysia Research Assessment atau lebih dikenali sebagai MyRA," katanya.

[thumbnail of 14570.pdf] Text
14570.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (262kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 19 July 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record